20,000 Pengunjung Hadir Untuk Sambutan Hari Merdeka di Pulau Pinang

Published 1 year ago on 1 September 2022 | Author TIN Media
PULAU PINANG :

Hampir 20,000 pengunjung hadir bagi menyambut sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. 

Majlis sambutan dirasmikan Yang DiPertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.Turut hadir Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Selepas dua tahun bergelut dengan pandemik Covid-19, sambutan hari kebangsaan di Padang Kota Lama, George Town, amat meriah. 

"Saya berasa amat teruja pada tahun ini, disebabkan dua tahun tidak dapat merayakan hari kemerdekaan kita pada tahun ni, saya tengok dan saksikan agak meriah sambutannya di Pulau Pinang"kata pengunjung yang hadir.

Sambutan kali ini, turut dimeriahkan dengan perarakan masuk semua kontinjen daripada jabatan pusat, negeri, sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO) serta badan persatuan lain.