Co2mission Inisiatif baharu Turkish Airlines memerangi perubahan iklim

Published 3 months ago on 3 August 2022 | Author TIN Media
TURKEY:

Turkish Airlines bakal melancarkan program baharu yang dikenali sebagai Co2mission. Program ini bermatlamat untuk mengimbangi pelepasan karbon berikutan perjalanan perniagaan yang dilakukan oleh kakitangan syarikat. 

Manakala bagi para tetamu, mereka akan menikmati penerbangan yang lebih peka alam sekitar secara sukarela. Melalui program ini, syarikat penerbangan rasmi negara ini akan memastikan keseimbangan karbon dapat dicapai dan praktikal bagi mereka yang prihatin terhadap alam sekitar.

Dengan operasi yang bermula pada 1 Ogos, laman web program ini menawarkan pelbagai pilihan portfolio untuk mencapai keseimbangan karbon dengan manfaat alam sekitar dan masyarakat seperti tenaga boleh baharu dan penghutanan.

 Penumpang yang berhasrat untuk mengimbangi pelepasan karbon daripada penerbangan mereka boleh berbuat demikian dengan menyumbang sejumlah wang tertentu kepada portfolio projek pilihan mereka, sekali gus membeli sijil pengurangan pelepasan karbon yang telah menerima akreditasi daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
 
Sumbangan para penumpang akan digunakan untuk menyokong projek yang diiktiraf oleh VCS dan Standard Emas ini dan mereka juga boleh menyerahkan penilaian serta ulasan pihak ketiga mereka tanpa disunting oleh Turkish Airlines.

"Kami meneruskan inisiatif untuk memerangi perubahan iklim yang menjadi masalah utama di seluruh dunia pada masa ini. Tidak lama lagi, kami akan menambah satu lagi program ke dalam projek berfokuskan kelestarian kami yang telah membuktikan hasil yang berjaya",kata Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutif Turkish Airlines, Prof. Dr. Ahmet Bolat.

Projek yang disokong oleh program pengimbangan karbon ini juga menunjukkan komitmen kami yang tulus ikhlas terhadap Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Keputusan untuk melaksanakan program ini adalah hasil daripada hasrat kami untuk menjalankan semua operasi secara bertanggungjawab. Saya yakin bahawa para penumpang kami akan turut menunjukkan minat yang tinggi dalam program ini dan menyedari bahawa kita semua bertanggungjawab kepada dunia indah yang kita kongsi bersama ini,"tambahnya lagi.