Majlis Penyerahan Tajaan The 14th World Harp Congress

Published 2 years ago on 14 April 2022 | Author TIN Media
PENANG:

Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Pulau Pinang hari ini telah menyaksikan satu Majlis Penyerahan Tajaan kepada Cik Chew Yi yang akan menyertai Persembahan ‘Focus on Youth’ di World Harp Congress ke -14 pada Julai 2022 bertempat di Cardiff, Wales, United Kingdom.

Penyerahan tajaan ini diadakan di Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Pulau Pinang. Penyerahan disempurnakan oleh Puan Pauline Chua ( Mewakili YBhg. Dato Tai yang menaja tiket penerbangan ). YBhg Dato Tai merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Thailand.

Chew Yi, 15 tahun, merupakan anak muda kelahiran Pulau Pinang telah terpilih diantara 30 orang dari seluruh dunia untuk hadir menyertai Persembahan “ Focus on Youth” di World Harp Congress (WHC) yang berprestij tersebut. Antara anugerah-anugerah yang telah dikecapi iaitu;

Tahun 2017

  • Pluck 2017 Production (25 June 2017 Singapore),
  • Pluck 2017 Production (13 July 2019 Hong Kong)

Tahun 2018

  • Distinction with Honour High score of RH Prestige Harp Award and concert with Isabelle Moretti

Tahun 2019

  • Distinction with Honours of RH Prestige Award 2019 Harp Duet
  •  Awarded for the I.K. Cheah Memorial Prize for the highest mark of the Grade 8 ABRSM Practical     Examinations in Penang on her first attempt by the Penang Arts Council.
  •  The legend of the harp 2019
  •  Hart Fest Singapore Creative Composition Competition Audience’s choice award

Tahun 2020

  • Euro Asia Malaysia piano competition Gold, final round second prize.
  • RH Prestige Award 2020, distinction Solo.
  • Rising Star London Festival First place

Tahun 2021

  • Vienna Virtuoso Festival First place and Judges best performance (13-15 years old category)
  • RH Prestige Award 2021 Distinction in Harp Duet(Advance II)
  • RH Prestige Award 2021 Distinction with Honour and Excellent award in Harp Duet (Young Artist)
  • Malaysia Piano Competition 2021 Gold(Young Artiste Junior)
  • First Malaysian harpist to win the World Harp Congrats Focus on Youth and is invited to go perform in 2022 July

World Harp Congress ( WHC ) berasal dari Harpweeks di Belanda yang dianjurkan oleh Phia Berghout dan Maria Korchinska pada tahun 1960.

WHC diadakan pada setiap 3 tahun sekali di seluruh dunia yang bertujuan untuk mempromosikan pertukaran idea dan menggalakan komposisi muzik baharu.

Antara yang diadakan semasa WHC berlansung adalah konsert, bengkel, seminar dan pameran berkenaan aspek muzikologi dan juga persembahan, manakala ‘Focus On Youth’ pula merupakan bahagian penting yang mana ianya memberi peluang kepada bakat-bakat muda dibawah umur 22 tahun untuk bermain di hadapan panel yang sangat dihormati oleh seluruh dunia untuk mereka dinilai serta di beri maklumbalas berkenaan persembahan mereka.