Sarawak mendapat lebih 590 peratus peningkatan ketibaan pelancong pada awal 2022

Published 1 year ago on 12 May 2022 | Author TIN Media
SARAWAK:

Sarawak mencatatkan peningkatan 596 peratus dalam ketibaan pelancong bagi tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Hii Chang Kee.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri berkata seramai 229,678 pengunjung datang ke negeri ini antara Januari dan Mac berbanding 33,135 tahun lepas.

Tambah beliau, daripada jumlah ini, 219,115 adalah pelancong domestik dan 10,563 adalah warga asing dan juga berkata ini adalah peningkatan 712 peratus bagi pelancong tempatan.

Hii juga berkata terdapat pertumbuhan sebanyak 569 peratus dalam penerimaan pelancongan antara kedua-dua tempoh tersebut.

"Disebabkan oleh lonjakan ketibaan pelancong dalam tempoh tiga bulan ini, kami merekodkan RM517 juta dalam penerimaan pelancongan berbanding RM77.25 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas," katanya.

Hii percaya dengan pembukaan sempadan negeri dan lebih banyak penerbangan masuk, Sarawak boleh mencapai sasaran 1.2 juta pelancong untuk tahun ini